1
Pertama: hendaklah orang yang berdoa itu mengikhlaskan doanya semata-mata kerana Allah. Dia hendaklah yakin bahawa hanya Allah Taala yang berupaya mengabulkan doanya. Dia tidak berdoa kepada yang selain daripada Allah taala dan tidak bertawassul kepada yang selainNya samada nabi, wali, malaikat, hamba yang soleh atau apa-apa mahkluk sekalipun. Allah Taala berfirman: “Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepadaNya” [Surah Ghafir: 14].