1
Saudaraku,
Engkau sungguh fakir di hadapan Tuhanmu…
Namun bersama-Nya kau menjadi kaya.
Inilah untaian doa-doa yang merangkumi segala kebaikan.
Siapkanlah hatimu.
Hafalkanlah ia semampumu.
Seringkali satu doa dapat mencukupi segala keperluanmu.
Kerana doa-doa ini, walaupun pendek lafaznya, namun luas dan mendalam maknanya.
Kau hanya memerlukan :
Hati yang penuh khusyu'…
Jiwa yang merendah diri di hadapan Rabb Yang Maha Agung.