18

«اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ، وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ، أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِي، وَأَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَكَلِمَةَ الْإِخْلَاصِ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ نَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَقُرَّةَ عَيْنٍ لَا تَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَاءَ بِالْقَضَاءِ، وَبَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَلَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ، وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ، وَفِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ، اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الْإِيمَانِ، وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ»

Allāhumma bi'ilmikal ghaiba, wa qudratika 'alal khalqi, ahyinī mā 'alimtal hayāta khairan lī, wa tawaffanī idzā 'alimtal wafāta khairan lī. Wa as`aluka khasyyataka fil ghaibi wasy syahādah. Wa kalimatal ikhlāshi fir ridhā wal ghadhab. Wa as`aluka na'īman la yanfad, wa qurrata 'ainin lā tanqathi'. Wa as`alukar ridhā bil qadhā, wa bardal 'aisyi ba'dal maut. Wa ladzdzatan nazhari ilā wajhika, Was syauqa ilā liqāika, wa a'ūdzu bika min dharrā'a mudhirratin, wa fitnatin mudhillah. Allāhumma zayyinnā bizīnatil īmān, waj'alnā hudātan muhtadīn.

Ya Allah, dengan ilmu-Mu terhadap perkara ghaib dan kekuasaan-Mu ke atas seluruh makhluk, hidupkanlah aku selama mana kehidupan itu lebih baik bagiku. Wafatkanlah aku apabila kematian itu lebih baik bagiku.

Kurniakanlah kepadaku rasa takut kepada-Mu, sama ada ketika aku bersendirian mahupun ketika bersama manusia. Kurniakanlah kepadaku kalimah yang ikhlas, sama ada dalam keadaan senang mahupun ketika marah.

Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tidak berkesudahan dan penyejuk mata yang tidak pernah terputus. Kurniakanlah kepadaku keredaan terhadap takdir, ketenangan kehidupan selepas mati, kenikmatan memandang Wajah-Mu, dan kerinduan untuk bertemu dengan-Mu.

Aku berlindung kepada-Mu daripada musibah yang menyakitkan dan ujian yang menyesatkan.

Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman, dan jadikanlah kami penyeru-penyeru kepada kebaikan yang mendapat petunjuk.

18/19