«اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الثَّبَاتَ فِي الْأَمْرِ، وَالْعَزِيمَةَ عَلَى الرُّشْدِ، وَأَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ شُكْرَ نِعْمَتِكَ، وَحُسْنَ عِبَادَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ قَلْبًا سَلِيمًا، وَلِسَانًا صَادِقًا، وَأَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا تَعْلَمُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا تَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ»
{في الحديث أنها خير من كنز الذهب والفضة}
Allahumma inni as alukath thabat fil amr wal ‘azimah ‘alar rusyd wa as aluka mujibati rahmatik wa ‘azaima maghfiratik, wa as aluka syukra ni’matik, wa husna ‘ibadatik, wa as aluka qalban saliman, wa lisanan sadiqan wa as aluka min khayri ma ta’lam wa a’uzu bika min syarri ma ta’lam, wa astaghfiruka lima ta’lam innaka anta ‘allamul ghuyub.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu ketetapan di dalam setiap urusan, keazaman melakukan sebaik-baik perkara, aku juga memohon kepadaMu apa-apa yang dapat mendatangkan rahmatMu, keazaman dengan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu, aku memohon kepadaMu agar dapat bersyukur kepadaMu di atas nikmat-nikmat pemberianMu, dan dikurniakan keelokan beribadah kepadaMu, aku memohon kepadaMu dikurniakan hati yang sejahtera dan lidah yang benar, aku memohon kepadaMu setiap kebaikan yang Dikau ketahui, daku juga berlindung kepadaMu dari setiap keburukan yang Dikau ketahui, aku memohon ampun kepadaMu dari setiap dosaku yang berada dalam pengetahuanMu, sesungguhnya Dikaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi.
{Dinyatakan dalam satu hadis bahawa doa ini lebih baik daripada harta emas dan perak.}