«وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ، اللهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ»
{وهو من أدعية استفتاح الصلاة، خاصة في صلاة قيام الليل}
Wajjahtu wajhia lilladzī fatharas samāwāti wal ardha hanīfan, wamā ana minal musyrīkīn. Inna shalātī, wa nusukī, wa mahyāya wa mamāti lillāhi Rabbil 'ālamīn. Lā syarīka lahu. Wa bidzālika umirtu wa anā minal muslimīn. Allāhumma antal maliku lā ilāha illā anta Rabbī, wa anā 'abduka, zhalamtu nafsī, wa'taraftu bidzanbī, faghfirlī dzunūbī jamī'an, innahū lā yagfirudz dzunūba illā anta. Wahdinī li ahsanil akhlāq, lā yahdī liahsanihā illā anta. Washrif 'annī sayyi`ahā lā yashrifu 'annī sayyiīahā illā anta. Labbaika wa sa'daika, wal khairu kulluhū fī yadaika, was syarru laisa ilaik. Tabārakta wa ta'ālaita, astagfiruka wa atūbu ilaik.
Kuhadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi, dengan penuh ketulusan dan kepasrahan, dan aku bukan termasuk orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah, Penguasa alam semesta. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan demikianlah aku diperintahkan, dan aku termasuk orang-orang Muslim.
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Memiliki. Tiada sembahan yang berhak disembah selain-Mu. Engkaulah Tuhanku, dan akulah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri. Aku mengakui seluruh dosaku. Maka ampunilah seluruh dosaku, kerana tiada yang mampu mengampuni dosa kecuali Engkau.
Tunjukilah aku kepada akhlak yang terbaik, kerana tiada yang mampu menunjuki kepadanya kecuali Engkau. Hindarkanlah aku daripada akhlak buruk, kerana tiada yang mampu menghindarkannya kecuali Engkau. Kan kupenuhi panggilan-Mu, maka bantulah aku. Semua kebaikan berada di tangan-Mu, sementara kejelekan tidak dinisbahkan kepada-Mu. Kami berada dalam kekuasaan-Mu dan akan kembali kepada-Mu. Maha Suci Engkau lagi Maha Tinggi. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.
(Doa di atas merupakan salah satu doa istiftah dalam solat terutama dalam solat tahajjud)