5
Kelima: hendaklah makanan dan minuman seorang hamba itu daripada rezeki yang halal. Kerana rezeki yang haram merupakan salah satu sebab doa tidak dimakbulkan. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi ﷺ bersabda:
“Seseorang yang bermusafir jauh, rambutnya kusut, tubuhnya berdebu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa, ‘Ya Tuhanku, Ya Tuhanku’. Namun makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia dibesarkan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan?” (HR. Muslim: 1015)