1
Pertama: hendaklah orang yang berdoa mengikhlaskan niatnya kepada Allah, sambil meyakini bahawa hanya Dialah yang berkuasa memperkenankan doa.
Janganlah berdoa kepada selain Allah, dan jangan pula memohon kepada selain-Nya, sama ada kepada nabi, wali, malaikat, orang soleh, dan seumpamanya. Allah mengingatkan kita dalam firman-Nya:
Maka berdoalah kamu kepada Allah dengan mengikhlaskan agama hanya kepada-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya. (Surah Ghafir: 14)