Beberapa syarat dan ketetapan yang perlu diperhatikan dalam meruqyah:
1. Doa-doa ruqyah harus berasal daripada Al-Qur'an dan Sunnah, bukan doa yang mengandungi unsur kesyirikan, bid'ah, dan yang diharamkan. Baik tatacara mahupun lafaz doanya.
2. Hati seorang Muslim harus sentiasa terpaut kepada Tuhannya sambil bertawakkal kepada-Nya. Perlu difahami bahawa ruqyah hanyalah sebagai sarana yang tidak memberi kesan apa-apa melainkan dengan izin Allah.
3. Tidak boleh meruqyah dengan alasan semata-mata ingin mencuba-cuba. Ruqyah harus diyakini berkesan. Maka, seorang peruqyah dan orang yang diruqyah wajib meyakini keberkesanan ruqyah syar‘i terhadap kesembuhannya.
4. Semua ayat Al-Qur’an adalah penawar. Firman Allah Ta‘ala:
‘Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.’ [Al-Isra: 82]. Hanya sahaja, ayat-ayat yang disebut dalam hadith sebagai ayat ruqyah lebih utama dibaca ketika meruqyah.
5. Orang yang sakit sebaiknya meruqyah diri sendiri. Ini lebih bermanfaat dan lebih menunjukkan kelemahan serta keperluannya kepada Tuhannya. Kerana kehadiran hati dan keikhlasan niat berpengaruh dalam ruqyah.