9
Memasukkan puji-pujian kepada Allah Taala di dalam doa. Ini kerana Allah Taala suka jika hambaNya sibuk memuji-mujiNya bahkan ia merupakan salah satu bentuk ibadah kepada Allah kerana [hakikatnya] Allah Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada hambaNya.
Hal ini diriwayatkan di dalam Sohihain, daripada Ibn Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda: “tidak ada seorang pun yang menyukai pujian lebih daripada Allah, kerana itulah Dia memuji diriNya”.