8
8. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut, bukan dengan suara yang keras
Allah Ta‘ala berfirman:
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan penuh kerendahan hati dan secara sembunyi-sembunyi.” (Surah al-A‘raf: 55)
Suara yang lembut lebih dekat kepada keikhlasan. Oleh sebab itu, Allah memuji doa Nabi Zakaria عليه السلام dalam firman-Nya:
“Iaitu ketika dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang perlahan.” (Surah Maryam: 3)
Menurut sebahagian ahli tafsir, Nabi Zakaria عليه السلام merendahkan suaranya ketika berdoa bagi menzahirkan keikhlasan kepada Allah سبحانه وتعالى