5

5. Berdoa kepada Allah dengan prasangka baik dan penuh keyakinan bahawa doa akan dimakbulkan

Seseorang hamba hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan serta tidak tergesa-gesa ingin melihat doanya dimakbulkan. Sebaliknya, dia hendaklah yakin bahawa Allah pasti akan mengabulkan doanya. Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Doa seorang hamba akan sentiasa dimakbulkan selagi dia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturahim, dan selagi dia tidak bersikap tergesa-gesa.”

Lalu seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa itu?” Baginda ﷺ menjawab:

“Iaitu seseorang berkata: ‘Aku telah berdoa, aku telah berdoa, tetapi aku belum melihat doaku dimakbulkan.’ Lalu akhirnya dia berputus asa dan meninggalkan doa.” (Riwayat Muslim: 2735)

5/10