4

Memulakan doa dengan pujian terhadap Allah Azza wa Jalla serta selawat ke atas RasulNya s.a.w.

Ini berdasarkan hadis Fadhalah Bin ‘Ubaid, sahabat Rasulullah s.a.w. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. mendengar seorang lelaki berdoa di dalam solatnya tanpa memuji Allah Taala dan tanpa berselawat ke atas nabi s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda “beliau terburu-buru”. Baginda pun memanggil beliau lalu bersabda: “jika seseorang daripada kamu bersolat, maka mulakanlah dengan memuji tuhannya Jalla wa ‘Azza, kemudian berselawatlah ke atas nabi s.a.w. dan barulah berdoa apa sahaja selepas itu”.

Jika dia memulakan [doa] dengan pujian kepada Allah samada [menggunakan] ayat-ayat pujian yang terdapat pada pembuka surah kemudian berselawat ke atas nabi s.a.w., nescaya doanya akan lebih mudah dimakbulkan.

4/10