10
10. Berdoa pada waktu-waktu yang mustajab.
Seseorang hamba hendaklah
mengambil peluang untuk berdoa pada waktu-waktu yang mustajab. Antara waktu-waktu mustajab yang disebutkan dalam hadis-hadis ialah: waktu antara azan dan iqamah, sepertiga malam terakhir, hari Jumaat, selepas tasyahud sebelum salam, ketika sujud, ketika hujan turun, doa seseorang untuk saudaranya tanpa pengetahuan orang tersebut, doa ibu bapa untuk anaknya, doa orang yang sedang bermusafir, serta doa orang yang dizalimi.