1
1. Berdoa dalam keadaan suci seperti ketika hendak menunaikan solat. Sebagaimana kisah Abu Musa r.a. bersama bapa saudaranya Abu ‘Amir r.a., dalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Diceritakan bahawa Abu ‘Amir berwasiat kepada Abu Musa agar meminta doa daripada Nabi ﷺ untuknya. Nabi ﷺ pun meminta air lalu berwuduk. Baginda mengangkat kedua tangannya sambil berdoa:
“Ya Allah, ampunilah ‘Ubaid Abu ‘Amir.”
Baginda mengangkat kedua tangannya dengan tinggi sehingga Abu Musa r.a. melihat ketiak putih Nabi ﷺ. Kemudian Baginda meneruskan doanya:
“Ya Allah, tempatkanlah dia pada hari kiamat di tempat yang lebih tinggi daripada kebanyakan makhluk-Mu, atau daripada sebahagian besar manusia.” (HR. Bukhari: 4323, dan Muslim: 4298)