1

Hendaklah [orang yang berdoa itu] mengulang-ulang lafaz doanya dan bersungguh-sungguh meminta kepada Allah Taala.

Ini berdasarkan hadis Ibn ‘Abbas r.a. tentang doa nabi s.a.w. kepada para sahabatnya semasa peristiwa perang Badar. Nabi berdoa: “Ya Allah, laksanakanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku, ya Allah, kurniakanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku”. Beginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Abu Bakar membetulkan semula selendang baginda lalu berkata: “Wahai nabi Allah, cukuplah engkau memanggil tuhanmu”. Riwayat Muslim (1763).

Begitu juga seperti yang diriwayatkan di dalam Sohihain, oleh Abu Hurairah r.a. Peristiwa di mana nabi s.a.w. mendoakan Daus: “ya Allah berilah hidayah buat kaum Daus dan datangkanlah mereka, ya Allah berilah hidayah buat kaum Daus dan datangkanlah mereka”. Riwayat Bukhari (2937) dan Muslim (2524).

1/1