1

Berbaik sangka dengan Allah Taala Ketika berdoa dan menyakini akan termakbulnya doa. Janganlah tergesa-gesa ingin doa dimakbulkan sebaliknya yakinlah bahawa Allah Taala pasti akan memakbulkan doanya.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Doa seorang hamba itu akan sentiasa dimakbulkan selama mana dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa, atau memutuskan silaturrhim dan tidak tergesa-gesa”. Rasulullah ditanya: Ya Rasulullah apakah maksud tergesa-gesa? Rasulullah menjawab: “dia berkata, aku telah berdoa dan berdoa tetapi aku tidak mendapati doaku dimakbulkan lalu dia merasa penat dan tidak lagi berdoa.” Diriwayatkan oleh Muslim (2735).

1/1